STPM, terbahagi kepada 2 kategori iaitu sains dan kemanusiaan. Tempoh pengajian(jika di sekolah kerajaan) adalah selama setahun setengah. STPM boleh diambil oleh calon persendirian. STPM merupakan peperiksaan jenis tunggal dan tidak dijalankan dalam bentuk semester.
Terlalu banyak sangkaan buruk yang perlu disangkal untuk menjelaskan perkara sebenar tentang STPM
"a waste of two years"
Terdapat ibubapa yang mengatakan mengambil tingkatan enam adalah satu pembaziran masa. Saya kurang bersetuju tentang penyataan tersebut; bagi saya STPM mempunyai nilai dan cirinya yang tersendiri.Malah, sijil STPM juga diterima di universiti-universiti antarabangsa seluruh dunia.
Selamat
Pelajar lepasan STPM adalah diutamakan dalam memasuki Universiti tempatan berbanding pelajar yang mengambil kursus diploma di IPTS.Malah, sijil STPM juga diterima di universiti-universiti antarabangsa seluruh dunia.
Standard
Sijil STPM diiktiraf oleh seluruh dunia berbanding sijil-sijil yang lain. Silabus dalam STPM adalah hampir setaraf dengan pengajian-pengajian ijazah di universiti antarabangsa.
"Sukar??"
'Sukar' bukanlah ayat yang sebenar untuk menerangkan hal ini. Bagi saya, silabus STPM meliputi skop yang terlalu luas. Kerana masa yang agak terhad, maka ramai menganggapnya sebagai sesuatu yang sangat sukar. Adakah mustahil untuk berjaya dalam STPM? Jika mustahil mengapa terdapat calon yang berjaya? "mereka makin nasi, kita pun makan nasi juga".
Bukankah lebih bagus untuk menganggapnya sebagai satu cabaran?
-mentaliti-
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dont get any doubt of it. STPM is one of the greatest exam in the world.
Hard? Of course. But how can an OKU student could scored in STPM? ..They know their destinies , where they want to go, of course, university..
Only determination can help you, there is no such thing as miracle.
Yes, you can go to colleges, if you can afford it. GO!! Dont ever think to continue in STPM.
But you chose STPM, you must have guts to continue on it. You might have it.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
STPM bukanlah sesukar yang sering diperkatakan, cuma tahap bagi STPM ini sangat jauh jika dibandingkan dengan SPM.
Oleh itu, pelajar lepasan SPM agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam suasana pembelajaran untuk STPM (tingkatan enam) dimana STPM lebih menguji tahap kematangan pemikiran calon.
Kita perlu sedar, arah tuju yang sudah pasti adalah untuk melanjutkan pelajaran pada tahap ijazah sarjana muda, jadi tahap kesukaran peperiksaan adalah agak tinggi untuk memastikan hanya calon yang benar-benar gigih yang mampu meneruskannya.
No comments:
Post a Comment